SEJARAH

 

SMK Tebong merupakan sekolah menengah yang terbaru dalam negeri Melaka. Ia mula beroperasi pada 1.12.1994. Ketika itu bangunan SMK Tebong belum siap dibina, maka ia terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Tebong untuk sementara waktu. Berikut adalah peneroka-peneroka pada masa itu:

Pengetua : Tn.Hj.Mohd.Shah Bin Lesut

GPK I : En. Subramaniam A/L Rengasamy

GPK HEM : Cik Lai Sew Yun

GPK KOKU : En. Ramli Mohd.Zain

Guru : En. Lim Ah Yee

En.Abdul Lajis Sulaiman

En. Abdul Manaff Daud

En. Nadzir Topimin

Pn. Dayang Jemaah

En. Yap Hon Kong

Setahun kemudian iaitu pada 1.12.1995, SMK Tebong telah mempunyai bangunan tersendiri yang etrdiri dari 4 blok.

Pada 30.4.1997 sekolah meraihkan persaraan Tn.Hj.Mohd.Shah Bin Lesut.

Pada 1.7.1998 pengetua yang baru iaitu Tn.Hj.Mohd.Yatim Bin Lasim telah mula bertugas di sini. Beliau bertugas sebagai pengetua SMK Tebong hanya selama 9 bulan. Beliau telah dinaikkan pangkat menjadi ketu unit sekolah menengah di Jabatan Pendidikan Melaka.

Pada 1.4.1998 En.Ishak Hj.Ahmad telah mengambil alih jawatan pengetua SMK Tebong. Sekarang SMK Tebong mempunyai seramai 28 orang guru, 6 orang pekerja dan 419 orang pelajar.