OBJEKTIF SEKOLAH

 

BIDANG KURIKULUM

 

  1. Meletakkan asas yang kukuh dalam beberapa mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
  2. Memastikan sekurang-kurangnya kelulusan sebanyak 60%dicapai dalam semua mata pelajaran semasa peperiksaan dalaman diadakan.
  3. Melahirkan sekurang-kurangnya 15% pelajar yang cemerlang (pencapaian lebih daripada 80%) dalam semua mata pelajaran.
  4. Menyediakan dan memberikan kemudahan sebaik mungkin kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
  5. Mewujudkan daya saing yang tinggi di kalangan pelajar.
  6. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang tinggi di kalangan pelajar.
 

 

BIDANG KO-KURIKULUM

 

  1. Memberi kemahiran asas yang kukuh dalam beberapa jenis permainan yang akan disertai iaitu bola sepak, sepak takraw dan bola jaring.
  2. Menjuarai beberapa acara olahraga di peringkata kawasan Alor Gajah.
  3. Berusaha menyediakan kemudahan dalam kegiatan ko-kurikulum.
  4. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyertai kegiatan lo-kurikulum secara aktif bersesuaian dengan potensi yang sedia ada.
  5. Memberi peluang kepada semua pelajar untuk membina sahsiah yang sihat.
  6. Memberi peluang kepada semua pelajar mendapatkan latihan kepimpinan dengan menyertai kegiatan ko-kurikulum.